Saturday, February 5, 2011

Aku nak SambUng ceritA

Posted by cik kiAh at 6:42 PM
Okay…aku rasa macam aku nak sambung semula cerita pasal atuk aku yang lam 1st entry tu…lepas masuk wad, tok ayah kena tahan kat wad selama seminggu. Masa mula – mula masuk tu, tok ayah memang tak boleh nak gerak sangat – sangat, sebab wayar kat dada arwah tak buang lagi.  hari yang ke-5, nurse buangkan tiub kat dada tok ayah. Dekat 4liter air yang berjaya disedut keluar. Lepas buang tiub, tok ayah dah mampu berjalan dan dah nampak sihat. Dr. bagi keluar. Dekat seminggu di rumah, tok ayah okay jer. Lepas tu arwah makin teruk. Tak bolah nak makan. Sakit tengkuk, sakit kepala. Tok ayah makin kurus. Makin lama, arwah makin tak berdaya. Ramai yang pelik. Yelaa, baru keluar hospital dah semakin sihat, kemuarwahn jadi makin teruk. Tok ayah langsung tak boleh makan. Kalau ada makanan atau minuman yang masuk ke mulutnya, arwah akan muntah. Begitulah yang berlaku setiap hari sampaikan badan arwah menjadi sangat kurus, hanya tinggal tulang. Abah panggil Dr. untuk datang ke rumah dan masukkan air ke dalam badan arwah. Sebulan selepas keluar dari wad, arwah sepatutnya perlu ke hospital untuk rawatan susulan. Tapi disebabkan arwah sangat tak berdaya pada hari itu, kami tak jadi bawa dia ke hospital. Keesokannya, abah telefon ambulan untuk bawa arwah ke hospital. Sekali lagi, aku yang menemani arwah ke hospital bersama dengan adik aku, Achik. Masa ni, ayah dah tak dengar sangat-sangat. Arwah juga dah tak boleh nak bercakap sangat. Suara dia tak jelas dah. Tak dengar sangat apa yang dia nak cakap. Kekadang jelas nampak yang dia sedih sangat bila dia nak cakap pape, kami tak boleh nak faham. Bila dia dah berputus asa, dia akan senyap jer, bila kami Tanya dia… balik apa yang dia bagitahu tadi. Seminggu di hospital, pada 17hb 12 tahun 2010, arwah menghambuskan nafasnya yang terakhir tepat pada pukul 5.00 petang. Masa arwah tengah nazak, sepupu aku yang jaga dia, bebbie. Masa tu lak, aku ngan en.tunang g kenduri rumah kawan aku, tini. Ondaway balik, abah kol suruh pergi hospital cepat. Bila aku sampai, arwah dah tak sedarkan diri. Nurse dok periksa. Sepupu aku yang lain, k.ct ngan ain baru sampai masa tu. Adik aku yang no-3, Are  dah ada kat hospital ngan jewa, kawan dia. Anak saudara arwah ada jugak masa tu. Sedih sangat. Abah sampai bila arwah dah tak ada. Achik pun sama.
Macam – macam yang berlaku sejak dari arwah sakit sampailah arwah dah tak ada.
Moga arwah tenang di sana…al-Fatihah buat arwah.

0 comments:

Post a Comment

~love story~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

cErita Cik kiAh Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review