Monday, January 31, 2011

second Post

Posted by cik kiAh at 1:33 AM 0 comments
sori...sebab pos yang pertama tersangkut di  tengah jalan..bukan apa,,ngantuk sangat..xsempat nak abezkan cerita...
sekarang xde mood lagi nak sedih2...sebab sekarang ngah bercuti kt kampung...
so..
tunggu mood sedih datang...cik kiah cerita semua k...
huhuhu...
roti bakar kat kopitiam nie bez la..
kriuk2 bunyi dia..

Wednesday, January 26, 2011

sAlam perkenalan Cerita

Posted by cik kiAh at 7:25 AM 0 comments
Salam permulaan …
Salam kasih sayang…
Salam perkenalan…
Akhirnya, aku telah berjaya mempunyai …satu..dua..tiga..empat..ya..tidak salah..memang dah  empat ..(apa penjodoh bilangan yang sesuai untuk blog ek?oke,..sapa yg tahu tambah sendiri..aku tak tahu) blog yang aku ada sekarang. Jangan tuduh aku tamak dan haloba. Sememangnya itu adalah tuduhan palsu semata- mata. Alas an yang sebenarnya adalah aku da lupa aku punya password. Entah laa…apsal la aku boleh lupa yer??erm.. mungkin sebab aku jarang buka dulu…tapi sekarang, aku da berjanji dengan diri aku sendiri bahawasanya, aku akan merajinkan diri aku untuk sentiasa meng’update’ blog kesayangan aku nie…
          Oke..1st post..just nak kongsi yang aku baru sahaja kehilangan atuk kesayangan aku pada 17hb 12  tahun  2010. Sehari sebelum….erm..tok ayah meninggal selepas seminggu di masukkan ke wad di Hosp. Tg. Anis. Namun, sebelum itu, arwah dah memang sakit sejak bulan puasa tahun 2010. Bulan berapa yer?? Bulan ogos kalau tak salah aku. Sakit apa?? Erm.. susah nak cakap, sebab mungkin ada yang takkan percaya, tapi tok ayah sakit disebabkan terkena buatan orang. Yap..mungkin ramai yang cakap keluarga aku ni kuno..percaya benda yang tak lojik macam ni, tapi..islam tak menafikan sihir bukan?
          Cuba bayangkan penderitaan arwah. Dia batuk tak henti – henti sejak dari bulan JUlai 2010. Mungkin awal dari tu lagi, kami jer yang tak perasaan. Sebab ingat demam biasa jer, tapi bila batuk yang tak berhenti – henti walau dah puas makan macam – macam jenis ubat., memang akan buatkan korang terfikir. Kenapa ni?kan? oke, lepas tu, makin lama,   arwah makin teruk, mata dia sebelah kiri  jadi makin kabur, telinga kurang dengar..tapi sebelah kiri jer oke. Selera makan dia makin berkurangan,  muka dia da pucat sangat. Arwah gelap, tapi boleh nampak pucat tu.
Bila dia dah tak tahan sakit, dia akan ajak anak – anak dia pergi klinik swasta. Arwah tak suka pergi hospital, biasalah tu orang tua kan. Sepanjang hayat dia pun, dua kali jer dia masuk wad, tu pun di penghujung hayat dia dah. Oke, sambung cerita, bila dah puas berubat secara moden, anak – anak dia bawak pergi berubat secara tradisional dan juga perubatan alternative(ala..perubatan cara islam tu). Masa pergi berubat secara alternative tu, ustaz tu cakap, paru – paru arwah ada air, sebab batuk lama sangat. Pastu dia cakap arwah dah terkena buatan orang. Oke, untuk pengetahuan…sebelum arwah sakit, nenek aku ( isteri arwah ) memang dah sakit. Dia sakit sejak tahun 2008 .. ingat – ingat aku la. Nenek aku sebelum arwah sakit memang kitaorang dah tahu dia terkena buatan orang dan memang sentiasa kami sekeluarga berikhtiar cari ubat, masa tu tak tahu arwah pun memang terkena gak, sebab dia sihat lagi masa tu.
          Dapat tahu dia terkena buatan orang pun bila dia dah sakit kuat dah. Dia tak boleh jalan, jadi lembik..tak lalu makan. Kadang – kadang tak makan langsung. Tak boleh tidur. Masa nie, nenek aku dok berubat kat Kuantan. Nenek dah ada kat kuantan dekat 2 minggu, kemudian tok bomoh tu minta bawak arwah sekali. Abah , pakngah ngan uda bawak arwah g kuantan. Masa tu arwah boleh lagi gerak sikit – sikit. Masa berubat tu, arwah  dah jadi oke sikit. Hari tu juga, abah & the geng tu bawa arwah balik kampong. dok jer di kampong dalam 4-5 hari, arwah jadi makin teruk. Dia tetiba jadi lelah. Tak boleh baring langsung, tak boleh jalan, nak gi mana – mana kena pimpim. Nak pegang pinggan nasi pun tak boleh. Cuba korang bayangkan!
          Masa tu aku cuti study week + raya haji +deepavali. Aku cuti 3 minggu. Seminggu aku dah ada di Kuantan, sebab nenek aku ada kat sana. Tapi lepas dapat tahu yang arwah dah teruk sangat. Kami semua terus balik kmpung. Keesokan harinya, aku dengan Uda bawa arwah ke hospital. Kami pergi dalam pukul 9, masuk tempat kecemasan.  Lepas doctor chek, masuk air, x-ray dan segala bagai lagi, Dr. cakap yang paru – paru ayah aku ada air. Kena tebuk lubang  & masukkan wayar untuk keluarkan air.
          Pada awalnya, Dr. tu cakap arwah kena tebuk lubang tu di Hosp. USM Kubang Kerian, tapi selepas abah aku buat  transaksi tawar – menawar dengan Dr. tu. Dia setuju buat kat  hospital tu jer.  Arwah takut sangat masa Dr. buat tu. Tambah lagi, Uda saja jer usik dia, cakap Dr. tak nak bagi ubat bius. Masa tu, dia tak boleh nak bercakap sangat. Sakit. Masa Dr. & the geng buat tu, aku takut sangat – sangat. Apatah lagi, masa tu budak – budak kolej yang buat praktikal tu semua dok keliling tempat tu. Tambah – tambah lagi, mesin yang diorang guna untuk ukur tekanan darah tu, lepas beberapa waktu akan mengeluarkan bunyi “ beeeeeeeeeeeeeeep” yang panjang … macam bunyi mesin yang chek degupan jantung , ( alaa, ka nada dalam tb, bila orang tu dah mati..mesin tu bunyi  “ beeeeeeeeep” panjang tu) aku memang dah takut gila masa mula – mula dengar bunyi tu. Tapi bila tiba banyak kali lak bunyi macam tu. Aku da cuak da. Apsal asyik bunyi ..pastu benti..pastu bunyi lagi…lepas tu aku buat andaian sendiri. Tu bukan mesin chek degupan jantung tu! Menyusahkan aku betul bunyi tu…kan?
          Oke, berbalik kepada cerita pasal arwah tadi, lepas jer Dr. siap masukkan wayar . 2 liter air berjaya di sedut keluar. Air yang keluar  tu, warna dia macam warna air  teh O yang kaw. Lam juga arwah ada dalam unit kecemasan tu. Sampai petang. Kol5 baru arwah di bawa masuk ke dalam wad lelaki. Aku berada di hospital dari pukul 9 pagi sampai pukul 4.30 petang. Tak sempat makan pape pun. Uda belikan aku air neskepe O ais jer. Dah la pagi tu, aku tak sempat mandi masa nak pergi hospital. Jangan nak cakap aku nie pengotor atau apa – apa yang seumpama dengannya. Sebab aku ada alas an aku sendiri. Malam tu kami sampai dari Kuantan pukul 11.30 malam. Sebab lapar, aku yang kena pergi kedai makan dekat PP dengan Uda. Beli nasi goring. Lepas siap makan, kol 12.. kami pergi buat “something” dekat rumah arwah. Dekat pukul 3 siap. Lepas semua bersurai, aku masuk bilik..dan dekat pukul4.30pagi yer baru aku tido. Lepas tu, pagi – pagi dah kena kejut suh bawak arwah ke hosp.  mana aku sempat mandi. 

~love story~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

cErita Cik kiAh Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review