Wednesday, October 19, 2011

tau DEEPAVALI tu ape??

Posted by cik kiAh at 9:15 AM
anak - anak murid ...
tau x deepavali tu ape??
perayaan...
bagus...
tau macam mana sejarah Deepavali x?
x?
oke..
mai cikgu bagi tau..

Deepavali atau dikenali sebagai Diwali atau Divali   di sambut oleh penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Deepavali dirayakan pada bulan gelap bernama "Aipasi" pada setiap bulan Oktober dan November. Deepavali diraikan melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula dan sembahyang.

tau x dari mana munculnye perkataan deepavali tu? deepavali tu berasal dari dari gabungan perkataan "Dipa" yang bermaksud cahaya dengan "Gavali" yang bermaksud barisan. kalau di gabungkan Deepavali = sebarisan cahaya...kalau murid perhatikan, masa perayaan deepavali mesti banyak pelita yang diorang susun depan rumah kan...

cth pelita yang di susun..cantik kan??


Mereka percaya bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan...








Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja bernama Raja Naragasura yang disifatkan sebagai seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Menurut lagenda, Raja Naragasura ibarat sebagai syaitan yang mencetuskan huru-hara dan akhirnya dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum kematiannya, Raja Naragasura meminta semua manusia agar merayai hari kemenangan ini sebagai peringatan kepada semua agar berbuat baik. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan. Ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan kejahatan.




+~Selamat Hari Deepavali~+
cantik pelita dia..



so...
pengajaran yang dapat kita ambik dari sejarah perayaan Deepavali adalah setiap manusia perlu berbuat baik...
ingat tu anak murid...
penting tau nih..
.
.
.
buat semua penganut agama hindu..
HAPPY DEEPAVALI...
terutama buat classmate..
kosni + purni..
heheheh...

0 comments:

Post a Comment

~love story~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

cErita Cik kiAh Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review