Monday, September 24, 2012

andai kau tahu ( bajettajuknovelni)

Posted by cik kiAh at 7:11 AM
kiah yang kekenyangan merebahkan badannya di atas tilam kekabu usang yang berwarna biru itu. matanya menghadap kipas yang sedang berputar - putar. otaknya ligat berfikir. adakah ini kesudahannya?apakah yang harus aku lakukan? arrgghhh..semuanya kusut. kiah tahu, dia mesti berbuat sesuatu sebelum semuanya terlambat. "hanya aku yang dapat mengubah nasib hidup aku...bukan pak dollah atau tipah..iya, aku mesti lakukan sesuatu!".lantas kiah menggapai telefon nokia 3310 miliknya yang sudah uzur benar. " helo...awak, kita harus berbincang. okey, jumpa awak kat tempat biasa."

setelah menukar kain batik yang dipakainya kepada seluar trek, kiah keluar menaiki basikal yang sering digunakannya untuk ke sekolah. 15minit berpanas mengayuh basikal merahnya itu, kiah memberhentikan basikalnya di ladang nenas milik Hajah Marinda. dalam masa beberapa saat sahaja, tubuh tinggi lampai milik kiah sudah menyusup masuk ke dalam ladang itu sesudah kiah menongkatkan basikal miliknya itu.

"Deli....awak kat mana?"
"saya kat belakang..marilah. "
" Deli..saya nak cakap sesuatu dengan awak." ucap kiah dengan jelas.
" nak cakap apa kiah?" tiba - tiba Hajah Merinda yang tiba- tiba datang menyampuk.



bersambung....

0 comments:

Post a Comment

~love story~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

cErita Cik kiAh Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review